Hai...Welcome and thank you for visiting khaizeha.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural supplement and my personal activities.


Monday 4 November 2013

Awal Muharram-What to do?

Apakah persiapan anda?

#Awal Muharram 1435H#

Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam kalender Hijriyah. Bulan ini disebut oleh Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wa sallam sebagai Syahrullah (Bulan Allah). Ianya memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna.
Perpindahan Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a
Dari Kota Mekah ke Madinah merupakan pembinaan langkah baru sebagai persiapan menghadapi cabaran yang bakal tiba secara terus menerus. Hijrah bukanlah asing dalam Islam dan ia adalah sebahagian daripada Islam. Hijrah kerana menuntut ilmu, mencari kebenaran, berjihad, berdakwah, mencari nafkah, kerana perniagaan dan bermacam-macam hijrah lagi adalah tuntutan dan asas ajaran Islam itu sendiri.

Perkara yang perlu dibuat:

1. Panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana masih lagi memelihara nikmat-nikmatNya yang cukup besar yakni nikmat Islam & Iman, nikmat kesihatan & kesejahteraan yang telah dianugerahkan kepada kita semua. Tidak lupa juga salam selamat & sejahtera ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w yang telah berjuang jiwa & raga untuk memastikan Islam itu sampai kepada umatnya.

2. Tekadkan azam baru.Kuatkan juga fahaman aqidah, syariat dan akhlak kita. Apabila fahaman kita jelas maka iman dan takwa kita juga akan kukuh. Percayalah lebih rapat kita dengan Allah s.w.t. akan lebih tenang jiwa kita menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan dugaan ini.

3. Doa akhir tahun.
Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah
.
doa-akhir-tahun1

4. Doa awal tahun. Bacalah doa awal tahun sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib pada malam 1 Muharam.

doa-awal-tahun

5. Puasa bulan Muharram - ‘Asyura’ selama 3 (tiga) hari - pada 9,10,11 Muharram.‎ Sangat dianjurkan pada 9 dan 10 ( Tasu’a dan ‘Asyura ).

Khaizeha.Blogspot.Com. Your Best Pit Stop BlogWalking Area. Noor Saleha Pengedar Sah Shaklee Area Bangi. Bandar Baru Bangi. Kajang Dan Seluruh Semenanjung Malaysia Owner of Fb Fanpage Natural Supplement For Healthy and Beauty 0192800881

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...