Hai...Welcome and thank you for visiting khaizeha.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural supplement and my personal activities.


Monday 31 December 2012

Kenapa saya bersungguh-sungguh promote collagen?

Kenapa saya bersungguh-sungguh promote collagen? yelah kan siapa yang tak nak cantik. Lagi2 untuk suami tersayang makinlah bertambah sayang abang suami kalau kita pandai jaga kecantikan luaran mahupun dalaman.

Nak ke muka kita jadi macam ni?

ha ha ha...i pun tak nakkkkkkkkkkk

Kenapa perempuan sanggup beli kolagen yang mahal?????

1. Kecantikan sumber keyakinan diri.
2. Bila gadis atau jejaka meningkat dewasa banyak protein yg ada dlm kulit mula hilang.
3. Bila dah hilang, kulit akan mula kedut dan berwarna kusam.

Apa kena mengena dengan kolagen???

Kolagen adalah sejenis protein yg ada pada kulit. 80% kulit kita megandungi kolagen. Nak tengok apa yg akan terjadi kalau kulit kekurangan kolagen????
Sila lihat gambar. Wowwy kedutnya....


Adakah anda dah mempunyai tanda-tanda penuaan???takuttttt

Sedikit info mengenai Collagen.
Kolagen pelihara kulit anjal
Dipetik dr Harian Metro 4 Disember 2012.
Kebetulan dengan promosi Shaklee Collagen Powder.
Oleh Siti Zarinah Sahib
sitizarinah@hmetro.com.my

APABILA ada wanita berusia 40-an ke atas dan masih memiliki kulit yang tegang dan anjal, pasti ramai bertanya rahsia kejelitaannya. Bagaimana dia mampu menjaga kecantikan untuk tampil cantik dan anggun walaupun sudah memasuki usia separuh abad.

Di dalam Islam, menjaga kecantikan serta berhias cantik untuk suami adalah diwajibkan. Namun, bagi wanita Muslimah, melakukan rawatan pembedahan merubah wajah adalah dilarang kerana hukumnya haram.

Menyedari kebanyakan wanita berkerjaya masa kini ramai yang mementingkan kecantikan selain mendapatkan rawatan halal, terdapat pelbagai cara boleh dilakukan wanita bagi meneruskan impian mendapat�kan kulit yang cantik, anjal dan berseri iaitu menerusi produk makanan kesihatan yang banyak terdapat di pasaran.

Jika dulu ramai tidak tahu kepentingan kolagen, tetapi kini rata-rata wanita memilih makanan kesihatan berasaskan kolagen kerana dikatakan bahan ini mampu melambatkan proses penuaan selain menjadikan kulit lebih anjal dan cantik.

Di pasaran terdapat pelbagai produk minuman berasaskan vitamin C dan kolagen yang dikatakan berkesan mengembalikan keserian wajah. Bagi mereka yang malas mengambil minuman, boleh melakukan rawatan di pusat kecantikan yang menyediakan rawatan wajah berasaskan vitamin C dan kolagen.

Namun, harus diingat tidak semua rawatan di pusat kecantikan memenuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia terutama daripada segi peralatan serta cara menggunakannya. Kemungkinan pelanggan akan menghadapi masalah sampingan lain sekiranya dilakukan mereka yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan estetik.

Menurut Pegawai Perubatan Estetik Pusat Kecergasan Wanita Az-Zahrah (PKW), Bandar Baru Bangi, Dr Siti Hawa Abd Karim, kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk memelihara keremajaan dan keanjalan kulit. Kira-kira 25 hingga 35 peratus daripada jumlah keseluruhan protein di dalam badan terdiri daripada kolagen dan 80 peratus struktur kulit terbentuk darinya.

“Bahan ini berfungsi untuk mempertingkatkan penghasilan sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya serta efektif menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan,” katanya.

Namun, apabila usia semakin meningkat, bermula seawal 25 tahun proses
pengurangan kolagen oleh sel fibroblast akan berlaku seterusnya menyebabkan kulit menampakkan garis penuaan, berjeragat, kusam dan kurang bermaya.

“Ini ditambah faktor alam sekitar seperti debu dan kotoran, terdedah terlalu lama kepada sinaran matahari, penggunaan bahan kosmetik yang tinggi kandungan kimia, tekanan di tempat kerja serta wanita yang sering melahirkan anak, menyebabkan pengurangan penghasilan kolagen dalam, sekali gus menyumbang kepada kelesuan kulit,” katanya.


So tepuk dada tanya selera.Nak cantik menawan ambillah Shaklee Collagen Powder. 8 minggu kulit gebu.


   
Shaklee Collagen Powder always in my hearts. Once u taste it. U will love it forever. Trust me!


Khaizeha.Blogspot.Com. Your Best Pit Stop BlogWalking Area. .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...