Hai...Welcome and thank you for visiting khaizeha.blogspot.com..here is a place where I share and deliver my thoughts about health, beauty, motivation, natural supplement and my personal activities.


Wednesday, 14 November 2012

Supplement dan Penyusuan Susu Ibu

Supplement dan Penyusuan Susu Ibu

Gambar sekadar hiasan
 
Seandainya anda mengambil supplement untuk tujuan penyusuan perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah satu cara untuk membanyakkan susu. Vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat dan secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada si manja.
Kejayaan asas penyusuan antaranya adalah bergantung kepada kes
ihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.

Pengambilan vitamin akan memberi kesan yang besar dalam dunia penyusuan sekiranya ibu memenuhi keperluan seperti dibawah dengan penuh disiplin dan konsisten.

1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung ATAU bagi ibu yang bekerjaya membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 jam atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar-benar kosong.

2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3L sehari dan memastikan tidak berdiet dalam menjayakan penyusuan lengkap buat si manja.

3. Si ibu juga digalakkkan mendekatkan diri dengan Pencipta demi memastikan keseimbangan keperluan rohani dan jasmani dititikberatkan. Bagi muslim, doa dan zikir sangat digalakkan bukan hanya semasa membuat sesi perahan atau sedang menyusukan bayi tetapi menjadikan amalan rutin agar sentiasa di dalam ketenangan dan penyusuan dapat berlangsung dengan lancar.
Happy breastfeeding to all mummies out there.
 
Khaizeha.Blogspot.Com. Your Best Pit Stop BlogWalking Area. .

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...