Salam untuk semua,
Malam ni saya tak boleh tido. so apa lagi saya nak share the power of positif thinking. bukan apa, cuma saya berpendapat bila kita berfikiran positif, aura positif akan mengubah sesuatu yang negatif menjadi positif. Biasalah hidup kita ni bergelumang dengan macam-macam ragam manusia. it's just how kita bertindak dengan setiap keadaan. kadang-kadang keadaan membuatkan kita menjadi seorang pemarah, bersangka burok, putus asa dan rasa lemah. adakah kita dipengaruhi oleh keadaan ini atau keadaan ini yang mempengaruhi kita.
Bagi saya, saban hari yang bekerja dengan manusia, berfikiran positif adalah amat diperlukan. kita mempunyai pilihan. Untuk pilih yang positif atau negatif. Kadang-kadang kita dicabar keimanan dengan sikap negatif orang sekililing. Jika kita mengekalkan aura positif yang dipupuk dan disemat di dalam hati, kita akan kebal dan terus menjana aura positif ini. Pilihan di tapak tangan kita.
Sesetengah orang ada mengatakan org yang positif ni blurrr. apa yang blurr saya pun tak tahu. bila seseorang yang dipengaruhi oleh pemikiran yang negatif, apa saja keadaan sekeliling yang positif dianggapkannya satu benda yang negatif. how to change their mindset? and how to know them?
saya ada celup 10 ciri untuk kita sentiasa berfikiran positif dari sitik.wordpress.com iaitu:
1. Melihat masalah sebagai cabaran
Bandingkan dengan orang yang melihat
masalah sebagai cubaan hidup yang terlalu berat dan membuatkan hidupnya
jadi paling sengsara di dunia.
2. Menikmati hidupnya
Pemikiran positif akan membuat seseorang
menerima keadaannya dengan senang hati, meski tak bererti ia tetap
berusaha untuk mencapai hidup yang lebih baik.
3. Fikiran terbuka untuk menerima saranan dan idea orang lain
Dengan itu, boleh jadi ada hal-hal baru yang akan membuat segala sesuatu lebih baik.
4. Nyahkan fikiran negatif dengan segera setelah fikiran itu terlintas di benak
‘Memelihara’ fikiran negatif lama-lama
boleh diibaratkan membangunkan singa tidur. Sepatutnya tidak apa-apa,
tapi ternyata boleh menimbulkan masalah.
5. Mensyukuri apa yang dimilikinya
Bukannya berkeluh-kesah tentang apa-apa yang tidak dipunyainya.
6. Tidak mendengar gosip yang tak menentu
Sudah pasti, gosip berkawan baik dengan
fikiran negatif. Kerana itu, mendengarkan perbualan yang tak ada
kebaikannya adalah perilaku yang perlu dijauhi oleh si pemikir positif.
7. Tidak mencari alasan, tapi terus melakukan tindakan
Pernah dengar perkataan “NATO” (No Action, Talk Only), kan? Ya, pemikir positif ini jelas bukan pengikutnya.
8. Menggunakan bahasa positif
Maksudnya, ayat-ayat yang bernadakan optimisme, seperti “Masalah itu pasti akan dapat diselesaikan,” dan “Dia memang berbakat.”
9. Menggunakan bahasa tubuh yang positif
Di antaranya adalah senyum, berjalan dengan
langkah tegap, dan gerakan tangan yang ekspresif, atau anggukan. Mereka
juga berbicara dengan intonasi yang bersahabat, bersemangat, dan
‘hidup’.
10. Peduli pada citra diri
Pemikir positif berusaha menunjukkan penampilan baik, bukan hanya di luar, tapi juga di dalam.
~ Hannie K. Wardhanie
Moga kita sentiasa positif dan dapat membanteras aura negatif. Sama-samalah kita yek..
credit:sitik.wordpress.com
Khaizeha.Blogspot.Com. Your Best Pit Stop BlogWalking Area.
.
I follow...
ReplyDelete