Hai prenz.
Saya sekarang berada di Kelantan. Kelate gomo
kelate. Say suka p Kelantan ni. Shopping tudung dan kain meme wajib. Beli toto
tak hingat, stok toto kat rumah tu rasanya dah berbelas belas dah. Senang beli banyak
banyak. Untuk org datang tidur rumah kalau bilik penuh. Hehe. Nasik kerabu sini
memang terbaik. Pavorite saya adalah nasik air…huhu. Sebab boring je asyik
makan nasik so nasi air lah penggantinya. Shopping pinggan mangkuk corelle
wajib di rantau panjang. Tu bila husband dapat bonuslah. Mana tahu lepas ni
boleh guna duit bonus Shaklee pulak..hehe. mana tahulah rezeki Tuhan bagi.
Memang bestlah balik Kelantan ni, beli emas pun kat sini tau. Emas Kelantan 916
lebih murah dari kat kl.
Cuma satu jer yg agak lemah sket bab balik Kelantan
ni. Perjalanan nak pergi balik tu nak dekat 8 jam….aiyokkk…..penuh kesabaran
ler..tido bangun berkali2 pun tak sampai-sampai lagi. Adoiii. Bukan saya jer yg
asyik tanya bila nak sampai ..bila nak sampai. Anak-anak pun sama. Tapi nak
buat camner dah nak sangat kan kat org Kelantan. Husband Kelantan celup.
Membesar kat kl. Parent dan pencen baru balik Kelantan. Baru lebih kurang 3
tahun pindah Kelantan ni. Nak balik
raya!..oww malas nak citer dengan jemnya lagi. Full stop. Hehe
Meh kawan-kawan nak share bagi sayalah kenapa mengambil
suppelemen itu perlu?
- ¥ Jadual waktu harian saya tidak teratur, bila hari kerja ada meeting pepagi buta saya skip makan pagi mengharapkan ada makanan dlm meeting. Kalau takder makanan dlm meeting perut pun krooot krooot sampai ke tengahari. Bila tengahari pula, of kos lunch tak masak, so kandungan makanan yang saya makan lebih-lebih lagi makanan segera terdedah kepada kandungan MSG yang tinggi.
- ¥ Saya tak makan sayur sangat. Sya belajar makan sayur bila dah umur 30an ni. Itupun sayur baby kailan, timun, asparugus. Sebab restoran red wok kat rumah saya tu masak sedap sayurnya. Pemakanan saya tak seimbang dan tidak mengikut piramid makanan, maka supplemen amat diperlukan.
- ¥ Pengambilan pil penahan sakit, laktasid, ubat-ubatan dan antibiotik boleh menganggu penyerapan zat makanan. Saya tidak menjaga amalan diet pemakanan yg sihat. Kadang-kadang makanan dan minuman yg saya ambil berkafein, berlemak, kolestrol tinggi, kanduan gula dan garam yang tinggi dapat mengurangkan simpanan zat makanan dalam tubuh.
- ¥ Zat makanan mudah hilang semasa proses penyimpanan dan penyediaan. Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba semasa dimasak.
- ¥ Buah-buahan dan sayuran yang ditanam di atas tanah yang tidak subur mengandungi bahan dan galian yang kurang berbanding dengan buah dan sayuran dari tanah yang subur. Racun perosak, racun serangga dan bahan pencemar mempengaruhi kualiti buah dan sayuran tersebut.
- ¥ Badan kita memerlukan dos dan vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita makan. Contohnya vitamin C dan E yang diperolehi daripada makanan sahaja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti-penuaan.
- ¥ Saya memerlukan supplement supaya bertenaga dalam menjalankan kewajipan saya sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak, seorang pekerja makan gaji dan seorang usahawan shaklee yang berjaya….
So kawan-kawan macammana?
Tepuk dada tanya selera...ta ta ti
tu tu
Khaizeha.Blogspot.Com. Your Best Pit Stop BlogWalking Area. .
No comments:
Post a Comment